Friday 12 September 2014

Senyuman Dr dan Nurse Pengubat Kesakitan

Saya hampir kekeringan idea dan mati akal memikirkan tajuk baru yang saya akan muat dalam blog ini, ini bukan kerana saya tiada sumber, tetapi baru-baru ini saya terlibat dengan kemalangan antara motor saya dan kereta yang hampir meragut nyawa ketika dari site nk ke office, akibatnya saya patah disekitar metacarpal(sekitar antara jari dan pergelangan tangan) di belah kanan dan terkoyak kening belah kanan.
Pakcik yang langgar sedang mencuci luka disekitar kening dan mulut, terima kasih.

Saya mendapat MC dari Dr yang comel di Hospital Kajang selama 2 minggu(ditambah lagi 2 minggu sehingga 25 sept), saya bertegas untuk bekerja dengan alasan saya masih boleh berjalan, namun bos menasihatkan untuk balik dan bercuti sahaja, saya memang degil orangnya, tapi atas faktor kesihatan saya mengalah dan ikut nasihat Dr dan bos supaya tidak menyusahkan 'company' dan diri saya sendiri.

Sangat perit bila tangan kanan tdak dapat berfungsi, makan,menulis dan tidur -saya sekarang menaip tajuk baru ini dengan tangan kiri- malam pertama dan kedua saya tak dapat tidur kerana sakit yg amat, secara tak langsung saya rasa tidak selesa dan tak dapat nak mengumpul bahan untuk tajuk blog minggu lepas

Ada beberapa tajuk yang saya ingin kongsikan dengan semua untuk tajuk mendatang, antaranya:

1. Dilema Jurutera Malaysia.
Saya cuba untuk men-ketengahkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh jurutera/bakal di malaysia   antaranya seperti faktor gaji, pekerjaan dan karier sebagai jurutera di malaysia dan sebagainya.

2. Perjalanan Menuju Karier sebagai Jurutera.
Dalam topik ini, saya cuba membantu terutama sekali bagi pelajar sekolah yang bercita-cita menjadi jurutera, dari segi bidang yang boleh diceburi oleh para pelajar atau langkah-langkah yang perlu diambil untuk bergelar jurutera dan lain-lain.

3. Kepelbagaian Jenis Enjin Dalam Pesawat.
Saya bukanlah 'expert' dalam aeronautical, tidak belajar mendalam sepertimana pelajar kejuruteraan aeronautikal, namun minat saya terhadap pesawat sejak dari kecil bolehlah saya kongsi sedikit sebanyak.

Saya juga terfikir untuk menulis mengenai 'collision' antara benda yang bergerak pantas dan bergerak secara perlahan, saya cuba untuk memperlihatkan impak antara benda yang bergerak laju dilanggar oleh benda yang bergerak perlahan, impak perlanggaran antara kedua-dua benda yang mempunyai halaju yang berbeza ialah:

1. Patah jari di metacarpal
2. Kening terkoyak

LOL!-bergurau saja-

Kita sebenarnya bukan kekurangan harta tetapi kekurangan masa, lebih membingungkan saya lagi untuk mencuri masa meng-update blog ini apabila kuliah saya akan bermula setiap sabtu dan ahad mulai minggu ini, ya saya sudah kembali meyambung pengajian di UTMspace dalam kejuruteraan mekanikal, menyambung kembali sisa-sisa ijazah yang tak sempat saya habiskan di UTP dulu, saya agak kesal kerana saya terpaksa bermula dari bawah kembali setelah gagal sana, saya mungkin boleh memohon sebagai professional engineer(Ir) selepas tamat ijazah saya lebih kurang 5 tahun lagi, ini adalah tamparan cukup hebat bagi saya apabila melihat kawan-kawan seperjuangan yang sudah tamat pengajian mereka di UTP/universiti lain, manakan tidak mereka sudah boleh memohon Ir dalam 2-3 tahun mendatang sahaja. Pengajaran cukup bermakna untuk saya lebih menghargai peluang yang allah berikan lagi sekali. Saya akan cuba yang terbaik kali ini.

Dalam profession kejuruteraan, saya mengesyorkan 3 jenis buku yang WAJIB dimiliki oleh setiap pelajar kejuruteraan malah untuk yg sudah bergelar jurutera professional, antaranya:


1. Metric Units and Conversion Charts, Theodore Wildi

Saya mempunyai masalah yang berat dalam unit conversion di UTP, sehinggakan lect saya mengatakan

"kalau unit conversion pon salah, awak tak layak jadi engineer"

Cukup terkesan kata-kata lecterur tersebut sehingga saya berasa sangat takut, manakan tidak, mereka umpama guru, kata-kata mereka adalah satu doa, saya bergegas ke library UTP dan mencari buku yang dapat membantu.

Hampir setiap jawapan dalam exam akan dimerahkan bukan kerana jalan kira yang salah, tetapi tiada unit! kerana saya tak pandai conversion! saya akui kelemahan ketara saya ialah unit, saya hanya manusia biasa. Buku ini sudah berada dalam simpanan saya hampir 3 tahun, dan saya dapat memperbaiki kelemahan itu dan terbukti kata-kata lecterur itu dapat disangkal :D TETAPI! buku ini telah hilang! saya mengeledah hampir satu rumah mencari buku tersebut, sampai sekarang saya belum jumpa, hampir separuh nyawa saya hilang.

2. ISA Handbook of Measurement Equations and Tables,
JimStrothman.

Buku ini sangat penting, dalam buku ini anda akan jumpa pelbagai jenis rumus, walaupun rumus boleh kita dapat dalam lecture notes atau 'google-ja-lah!' namun ia sangat berguna bilamana keadaan yang amat memerlukan, pekerjaan saya sebelum ini memerlukan kebijaksanaan dari saya untuk menyelesaikan masalah/'problem solver', terlalu banyak rumus untuk nk ingat dalam kejuruteraan, jadi amat berbaloi menyelak-nyelak buku ini pada saat-saat genting.








3. Material Properties.
 saya memberi kelonggaran kepada anda untuk memiliki sebuah handbook yang mempunyai pelbagai jenis material properties kerana ia bergantung kepada cabang dan skop kerja anda, pekerjaan saya dulu banyak bermain dengan rekabentuk maka wajib mempunyai buku ini-malah saya rasakan setiap engineer wajib ada buku tanpa mengira skop kerja anda- namun saya akan share satu link untuk menggantikan handbook yang menjengkelkan untuk dibawa ke hulu ke hilir.(Anda boleh click tajuk material properties diatas untuk ke Matweb).

Contoh Screenshot dari Matweb

Material properties sangat penting dalam pemilihan material yang sesuai berdasarkan ciri-ciri produk yang akan dibuat, dari kos, thermal properties, stress, ductility dan sebagainya.

Saya ingin ceritakan sedikit pengalaman saya untuk menunjukkan kepentingan material properties. Saya telah diberi satu 'job' dari bos saya yang dulu untuk merekabentuk satu sistem untuk meletakkan catalyst di tengah laluan gas dalam paip untuk bertindak balas dengan gas(chemical reaction) yang mana saya namakan sebagai Rotable Catalyst Feeder(saya tak dapat me-patenkan rekaan saya ini kerana sudah menjadi hak syarikat) untuk diskru pada machine injection molding yang custom made, saya bermula dengan draf ciri-ciri material yang saya akan pilih dulu yang saya sendiri telah tetapkan berdasarkan beberapa ciri machine tersebut dan permintaan bos, seperti:

1. Temperature maksimum machine mold.
2. Cara penyuapan catalyst dalam paip.
3. Machine operate ataupun Human operate.
4. Kekerapan maintenance. 

Jadi material yang terbaik saya perlukan adalah jenis yang:

1. Maksimum temperature yang tinggi.
2. Ringan
3. Mudah ditempa.
4. Ketebalan yang boleh diterima(acceptable)
5. Available di market malaysia
6. Kos yang murah.
7. Pengembangan dan pengecutan yang minima.

Yang mana saya akan browse jenis-jenis material yang sesuai dalam Matweb dan buat perbandingan, saya juga jenis yang bijak dalam menggunakan sumber yang ada, mujurlah saya ada ramai kawan-kawan dalam bidang metallurgi engineering, dengan kepakaran mereka dalam bidang ini sangat sesuai untuk saya dapatkan konsultansi tanpa bayaran dari mereka, sudah jimat kos, mereka memang sangat baik hati dari segi bayaran.

Sudah hampir 6 bulan lebih saya meninggalkan profesion kejuruteraan dan masuk dalam bidang safety, saya masih bergelut untuk mencari pekerjaan dalam bidang mekanikal engineering dan masih berminat untuk masuk construction atau yang terbaik oil and gas, mungkin ada rezeki pada masa akan datang, kalau ada bolehlah 'contact' saya atau tinggalkan nombor phone/email -maaf iklan dan promosi sekejap Lol-

-The Mad Ingenieur

"saya ucapkan terima kasih pada rakan-rakan ofis yang bantu saya ketika kejadian kemalangan, staff hospital, nurse dan doktor yang comel, saya sangat hairan kenapa banyak dr yang comel-comel? adakah ini sumpahan?"

2 comments: