Saturday 27 September 2014

Komitmen

Artikel 19 September 2014.

Berani saya katakan bahawa Mars merupakan salah satu planet yang 'unfriendly' terhadap penduduk bumi, manakan tidak sudah terlalu banyak misi-misi sebelum ini yang gagal untuk kesana, planet Mars/Marikh merupakan planet yang pertama diterokai oleh penduduk bumi.


Mungkin cerita tentang India ingin melancarkan spacecraftnya 'Mangalyaan' ke orbit marikh satu cerita yang sudah lama bagi para pembaca yang selalu mengikuti perkembangan teknologi dan sains pada 24 september 2014 dalam masa sminggu dari sekarang, tidak bagi saya yang baru saja tahu mengenai peristiwa ini , secara kasar saya agak ragu dengan keupayaan India untuk mencapai ke tahap sebegitu memandangkan China pun tidak mampu dan gagal dalam misi ini, malah Jepun yang mempunyai terkenal dengan kualiti yang tinggi dalam produk mereka serta teknologi robot yang hebat pun masih gagal dalam misi ini, mungkinkah India mampu berjaya dalam misi pada 24 September? saya tidak memandang rendah terhadap keupayaan mereka melancar roket ke angkasa tetapi mungkin pengalaman mereka dalam aeorangkasa tidak se-gah Amerika-Russia dan juga teknologi mereka boleh saya katakan tidak sehebat mana, maaf jika ramai tidak bersetuju, mungkin saya kurang membuat kajian tentang teknologi India, mungkin ada pembaca yang ingin menyangkal pendapat saya mengenai India.

Sedikit fakta mengenai sains dan teknologi di India:

1. India mempunyai lebih kurang 140 penyelidik per 1M populasi.

2. India turut melabur sebanyak 3.7Billion Dolar 2002-2003, manakala China 4 kali lebih dan US 75 kali lebih dari nilai pelaburan oleh India.

Manakala sains dan teknologi di Malaysia pula:

1. Didalam tempoh 98-99 kemasukkan dalam bidang 'humanities' dan 'social science' telah berkurang mnakala peningkatan berterusan dalam bidang 'engineering' dan teknologi dan informasi, kita boleh lihat penambahan dan penawaran kos kejuruteraan yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan di IPTS, ini sedikit membimbangkan saya jikalau 'standard' kejuruteraan sebagai bidang profesional semakin dilihat sebagai 'kos murahan'

2.Manakala pada ekonomi malaysia meleset, pertumbuhan 'R and D' di malaysia tumbuh hebat pada 105 peratus pada 99-98.

3. Jumlah perbelanjaan  utk 'R and D'  di Malaysia adalah lebih tinggi dari jiran kita dalam ASEAN namun bilangan paten yang didaftarkan di Malaysia masih kurang berdasarkan International Standard dan masih dipengaruhi oleh sumber luar.

4. Malaysia merupakan pengeksport semikonduktor utama spt barang-barang elektrik dan etc.


Artikel 27 September 2014

Akhirnya pandangan 'kecil' saya terhadap keupayaan India seperti saya katakan diatas ternyata meleset, India menjadi negara Asia pertama yang berjaya sampai ke Red planet/Mars/Marikh dan paling saya takjub ia adalah cubaan pertama mereka.

Saya boleh katakan ini juga tamparan yang cukup hebat buat Amerika, ini kerana Spacecraft India 'Mangalyaan' adalah jauh lebih murah(75mil) dari pembuatan filem 'Gravity' lakonan Sandra bullock dan Goerge clooney -saya sendiri terasa bosan bila tengok filem ini- malah ia adalah 10 kali lagi murah dari Maven spacecraft, Maven juga sama misinya seperti 'mangalyaan'.

Saya tidak akan komen dari segi kredibiliti dan keupayaan India, sebab sudah terbukti mereka setanding dengan negara seperti Amerika-russia dalam penerokaan angkasa, apa yang boleh saya buat, berdiri dan tabik hormat kepada mereka! sungguh mereka telah mengubah pandangan/pemikiran saya terhadap keupayaan sains-angkasa negara mereka.

Apa yang menarik perhatian saya, ia adalah percubaan pertama mereka, sepanjang pengalaman saya dalam bidang kejuruteraan dan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan yang saya korek dan belajar, saya boleh katakan hampir sukar untuk sesuatu produk/percubaan boleh berjaya dengan jayanya pada percubaan pertama, malah ketika The wright brothers mencipta kapal terbang pertama mereka sekalipun gagal sehinggalah beberapa percubaan.

Jadi boleh saya katakan, bahawa saintis dan jurutera mereka secara ajaibnya telah berusaha untuk melihat apa permasalahan yang bakal terjadi, jadi mereka secara awal telah "Overcomes" masalah ni dari peringkat permulaan lagi, ternyata ia satu perkara yang sangat susah nak diaplikasikan, namun saya masih teruja dengan "Percubaan Pertama" dan "Kejayaan Pada Percubaan Pertama"

Ketika saya menulis ini, tiba-tiba saya teringat mengenai percutian saya dari UTP Perak ke Berjaya Times Square Theme Park, maaf cakap saya sangat takut bila naik 'spinning orbit'-saya tak pasti nama betul machine ni- tapi ia akan membawa kita pada suatu ketinggian dan akan berputar pada kelajuan maksimum dan pada masa tersebut anda akan rasa seolah-olah anda akan tertarik keluar, centrifugal force disitu, apa yang kelakar ketika itu saya fikir itulah penamat riwayat saya, berkali-kali saya baca bismillah dalam hati, saya sebenarnya sangat takut jika nut dan bolt pada belt itu tak mempunyai strength untuk menahan berat saya dan kekuatan centrifugal force, alangkah bagusnya jika sebelum menaiki mesin tersebut mereka boleh briefing sedikit tentang kekuatan nut dan bolt serta maksimum strength yang boleh ditanggung oleh ia.


-The Mad Ingenieur

No comments:

Post a Comment