Sunday 10 August 2014

Chernobyl, Keselamatan dan Kejuruteraan

Keselamatan -saya akan menggantikan dengan 'safety' sebentar lagi- bagi saya adalah sesuatu yang terlalu umum untuk dibincangkan secara mendalam, malah tak terlintas langsung dikotak fikiran ni mengenai kewujudan profesion dalam bidang safety malah saya turut terkejut bila dikhabarkan adanya kursus ditawarkan pada peringkat diploma malah hingga ke peringkat ijazah- mungkin saya hidup dibawah batu sehingga tak tau pasal ni- malah saya rasa seperti "perlukah safety department ni dalam syarikat? mengarut betul"

Kesedaran mengenai safety ni mula timbul bila mengikuti kursus Safety Officer di NIOSH pulau pinang-yuran RM4000 selama 23 hari - pelbagai ilmu yang dipelajari oleh saya, ramai yang ingin menjadi safety officer, ada yang datang dari latar belakang seorang akauntan-bagaimana seorang dari akauntan boleh terfikir nak jadi safety? seperti saya katakan, safety adalah sesuatu yang terlalu 'general'-hampir kesemua rakan kelas saya inginkan gaji yang lumayan sebab itulah mereka ambil kursus ini walaupun mahal tapi pulangan pada masa depan amat lumayan.


Safety seperti saya katakan adalah 'general' 'too wide', safety boleh dipraktikan dimana-mana tempat, pejabat, tandas, reban ayam dan sebagainya, hampir setiap tempat safety itu perlu diamalkan perlu diterapkan, malah dianjurkan untuk setiap orang perlu menanam kesedaran tentang keselamatan yang tinggi. saya boleh katakan hampir 90 percent antara kita langsung tidak mengambil kisah mengenai keselamatan, cuba lihat diri anda sekarang? sudah berapa lama anda berada didepan komputer sekarang? adakah posture anda duduk itu betul? jarak penglihatan yang selamat antara mata dan monitor komputer, adakah terkawal?

Tahukah anda bila berlakunya sesuatu accident ia secara tak langsung boleh mengakibatkan rangkaian kepada kelumpuhan sesuatu industri/syarikat? Sebagai contoh:

Situasi.

Berlaku kemalangan apabila sebuah mobile crane terbalik dan mengakibatkan kematian kepada operator mobile crane tersebut, dan kerosakan kepada strukur konkrit bangunan yang dibina.

Kos
Direct kos(kos yang mudah dilihat dan difahami) : kos perubatan operator, kos pembaikan pulih mobile crane, kos pembaikan pulih struktur bangunan.

Indirect kos(kos yang terlepas pandang dan selalunya akan berganda daripada direct kos) : Kos pengurusan kerosakkan dan perubatan, kos insurans, kos untuk mengambil operator dan mobile crane yang baru.

Kesan/Impak
Reputasi sesuatu syarikat, keyakinan pekerja untuk bekerja, media attention, kepercayaan pelabur, dan kemungkinan besar penutupan sesuatu syarikat.

Keselamatan dan kejuruteraan adalah saling berkait rapat, malah dalam engineering course pun diselitkan dengan safety dan environment subjek, safety perlu diterapkan dalam diri setiap jurutera, cuba bayangkan jika machine turning dicipta tanpa ada pelindung disekitar 'workpiece holder' yang sentiasa rotate, silap-silap haribulan, tangan anda boleh hancur! jurutera yang hebat adalah jurutera yang memastikan ciri keselamatan yang utama dalam setiap penciptaannya disamping menjimatkan kos. Namun bergantung kepada kepandaian dan kreatif seorang jurutera untuk memastikan kos pembuatan machine itu masih 'affordable' walaupun mempunyai ciri keselamatan yang tinggi, selalunya machine yang mempunya keselamatan yang tinggi sangatlah mahal harganya.

Antara contoh kemalangan yang hebat berlaku ialah chernobyl pada tahun 1986, ini merupakan salah satu contoh kekurangan ciri-ciri keselamatan terhadap rekabentuk reaktor dan kecuaian manusia sendiri akibat tidak menerapkan ciri keselamatan yang tinggi, kemalangan di chernobyl adalah disebabkan oleh kekurangan dari segi rekabentuk reaktor dan juga operator yang mengoperasi reaktor tersebut bukanlah orang yang kompeten untuk operasi reaktor!

Sehingga sekarang oleh kerana kemalangan tersebut, chernobyl adalah satu-satunya yang diklasifikasikan sebagai level 7 oleh International Nuclear Event Scale(INES), level untuk major disaster, dan sampai sekarang juga benefits masih dibayar kepada 7 juta mangsa kemalangan tersebut, apa yang mengejutkan juga masih ada penduduk yang kembali tinggal disekitar tersebut walaupun masih terdapat lebih kurang 200 tan radioaktif material berada dalam reaktor tersebut.

Walaupun saya mengambil kursus pengawai keselamatan tersebut, namun ia bukanlah sebagai kerjaya utama saya, pun begitu ia sebagai salah satu lagi ilmu dan pengetahuan yang sangat berguna untuk saya praktikkan dalam kerjaya sebagai jurutera.

-The Mad Ingenieur



No comments:

Post a Comment