Thursday 10 July 2014

Selamanya Kerja (End)

Kenapa saya katakan saya masih dalam dunia "Universiti" sewaktu bekerja dulu?:

1. Masih mengharapkan orang lain tolong selesaikan masalah.
2. Kerap datang lewat kerja.
3. Kerja tertangguh.
4. Lack of communication.
5. Masih takut-takut/segan mengutarakan pendapat/soalan.

Adakah ini anda masa di universiti? mestilah, kalau ada masalah, lecterur tolog, atau mungkin kawan-kawan tolong, masuk kuliah lewat tu perkara biasa betul? kadang-kadang assignment last minutes baru nk siapkan, study last minutes(ini selalu student engineering), nak bertanya soalan dalam kuliah memang RARE kata budak-budak sekarang, mesti duduk kerusi-kerusi belakang.


Sedikit tips untuk graduan yang akan melalui alam pekerjaan(berdasarkan pengalaman saya):

1. Untuk engineers, always remember, You're PROBLEM SOLVER, not your boss or others, but  YOU! boss bagi satu masalah, jangan terus cakap ayat keramat ni "bos saya tak tahu nk setelkan", ni antara ayat paling boss menyampah kluar dari seorang engineer,untuk setiap masalah ada penyelesaiannya, kalau anda tak boleh bagi fix solution, tolong bagi options of solution(biar banyak dan tak masuk akal tak kisah) dan advice dia berdasarkan engineering theory/methods mana options yang terbaik utk masalah ni, tugas boss adalah untuk buat keputusan.

2. Be professional! 
     a.  Tulis setiap apa yang pending work dan yang mana urgent.
     b. Jangan tangguh2 kerja, ini zaman uni bleh buat mcmni,kerja tak boleh, anda nk kejar progress
         and production.
     c. Kena systematic, kalau boleh ada satu worksheet yang mana keja da siap/belum siap.

3. JANGAN DATANG LEWAT KERJA! ini cukup pantang, dan jangan la terlalu kerap sangat
    cuti/MC/EL(Emergency Leave).

4. Jangan takut untuk bersuara, ada saja pandangan, utarakan, amalkan mulut ringan, tapi berhati-hati, hanya untuk kerja saja ringan mulut.

5. Boss lebih suka FAKTA/KONKRIT, cuba amalkan beri FAKTA dari terlalu bnyak cakap "saya tak tahu lah boss".

6. MASTER dalam psikologi pekerjaan. Jangan terlalu ramah, bila terlalu ramah, kita akan cakap yang melalut, orang akan pandang lekeh, be mature, cakap benda yang penting/isu2 penting, kena bijak dalam komunikasi, kena tahu bagaiman nk bercakap dengan orang begini dan begitu.

(Tips) Kenal orang tu dulu, kalau dia jenis yang datang dan tegur kita dlu, maksudnya dia boleh jadi kawan yang sekepala dengan anda, tapi kalau jenis, anda tegur dulu baru dia nk layan, atau anda yang kena mula sesuatu komunikasi dulu,atau dalam komunikasi berkumpulan anda sering diam atau pendapat anda tak dilayan, orang begini kena hati-hati, jangan terlalu ramah dan tak perlu terhegeh-hegeh untuk mendekati mereka, bercakap soal kerja saja, tetapi tak salah kalau kita dlu tanya "sihat harini","assallamualaikum" dan beri sedikit senyuman.

Inilah sedikit sebanyak tips yang boleh dikongsi untuk semua, alhamdulilah, setakat ni da 3 tempat kerja saya masuk, selepas tmpat kerja pertama dulu, masuk tempat kedua bekerja saya sudah tidak menghadapi masalah-masalah seperti mana kerja yang pertama dulu, dan saya find out yang saya adalah seorang pekerja yang workaholic,namun saya masih battle dengan first impression orang sbb penampilan saya ni kalau masuk kerja nmpk nerd and baik-baik saja, nobody perfect!



saya mungkin tak akan kerja selamanya, saya akan fokus kepada impian untuk memulakan consulting engineering dalam tempoh 10 tahun mendatang.

-The Mad Ingenieur

No comments:

Post a Comment