Sunday 6 July 2014

Detecting cracks/damage in concrete structures.

Mega-structures dan Air-crash Investigations merupakan slot dalam Nat-Geo yang saya minat, seronok bila tengok building yang besar dibangunkan, best jugak bila tengok penyiasatan mengenai kemalangan kapal terbang, bukan apa sedikit sebanyak dapat ilmu dalam kejuruteraan dan fizik dalam kehidupan seharian, apa yang nk dibincangkan kali ini ialah mengenai 'a mechanism to detect cracks/damage in concrete',

Bayangkan apa berlaku pada struktur bangunan jika berlaku keretakkan pada concrete dan menyebabkan keruntuhan kepada struktur bangunan tu?

1. Kos. (kos untuk pemulihan, kos untuk penyiasatan, dsbgainya)
2. Kehilangan nyawa. 
3. REPUTASI!! Bencana/kemalangan bukan saja boleh menyebabkan kerugian tapi reputasi sesbuah syarikat binaan tersebut.

Sensing Skin, anda mungkin terpikir seperti saya terpikir mula-mula, apa tu? mungkin sejenis kulit yang dibalut dekat sesuatu struktur, mungkin? Maksud 'Sensing Skin' sini adalah sejenis cat(electrically conductive coat of paint) yang disapu pada struktur concrete tersebut, bagaimana proses crack pada dapat didetect?

Electrodes akan diapply disekitar struktur then sapulah paint ni, lepas tu current akan dilalukan between two electrodes, setiap kali dilalukan current, komputer akan record, jadi untuk mengetahui cracks tersebut, jika skin's conductivity tu decrease maka structure tu dah crack.

Cracks pada struktur konkrit dapat dielakkan dengan meletakkan rebar steel, untuk mengurangkan penyebaran keretakkan tersebut kepada titik lemah struktur concrete tersebut.



-The Mad Ingenieur

No comments:

Post a Comment