Thursday 10 July 2014

Selamanya Kerja Part 1

Kali ni keluar topik skit, saya nak kongsikan sikit pengalaman kerja, walaupun tak lama saya bekerja, tapi pengalaman saya lalui adalah sangat mahal yang boleh dijadikan rujukan buat graduan yang baru nk cari kerja atau nk tempuh alam pekerjaan.

Pengalaman kerja saya mula bila tamat saja praktikal di UniMAP, saya grab peluang di syarikat yang saya praktikal tu, walaupun kerja tu sebenarnya direkemen oleh orang atas untuk kawan saja, kiranya saya ni mcm menyibuk ja lah kiranya, rezeki masing-masing, apa yang saya buat ialah mencuri peluang yang ada, hidup kena bijak! 



Yes HIRED! Assistant Engineer(AE) in Mechanical Design untuk syarikat automation,bulan pertama kerja, tak ada masalah, masalah mula datang pada bulan ketiga, INTEGRITI saya bekerja mula dipersoal, kerja datang lewat, kerap cuti, task dan design tak dapat siap, B.O.M(Bill Of Materials) lambat keluar.

"saya tak dapat la nk setel benda ni bos","bos camna nk wat ni?",

Inilah ayat yang paling bos-bos menyampah bila dia bagi engineer untuk solve, tapi ditanya balik, jadi siapa yang engineer sebenarnya ni?
ATS Automation Malaysia. Penang.

6 bulan yang lemau,hari-hari kena hentam, bangun pagi rasa malas nk kerja, saya masih dalam dunia "universiti" lagi, akhirnya saya sambung belajar di UTP, Tronoh Perak setelah tamat kontrak.

Kena maki depan orang ramai, kena tarik baju ngan technician bawahan? perkara biasa bagi saya disini, kena bantai sampai down semangat, perkara biasa juga.Saya boleh katakan pengalaman kerja pertama ini paling pahit, namun yang pahit ni lah pengalaman paling berharga sebab banyak saya belajar yang kita tak belajar di universiti.

Cont. -The Mad Ingenieur

No comments:

Post a Comment