Sunday 17 August 2014

Akak! itu boxer saya

Sudah hampir 5 bulan saya menetap di Kajang, namun saya masih lagi belum arif mengenai kawasan-kawasan sekitar Kajang, apa yang saya tahu ialah 'Plaza Metro Kajang' dan fast food restaurant saja, baru-baru ini saya bersama rakan-rakan sekerja saya mencuba satay kajang Haji. Samuri, pun begitu saya terkebil-kebil mencari jalan ke restoran tersebut-padahal rumah saya hanya 5 minit saja dari restoran tersebut. Kerja di construction seperti saya sangat memenatkan, tambahan untuk projek besar seperti MRT, boleh kata saya hampir kekurangan masa senggang saya, kadang-kadang hari sabtu dan ahad pun masih bekerja, nak kemas rumah dan basuh baju hanya sempat pada hari cuti sahaja-iaitu hari ahad-nak keluar pergi merewang memang tak sempatlah, apatah lagi hari ahad, semua kedai tutup. Nak basuh baju agak penat, dan makan masa, jadi saya mengambil satu alternatif lain untuk menjimatkan masa, mujurlah di Kajang ni terdapat satu kedai Self-Service Laundry.

Boxer saya hampir diambil oleh kak comel ini.

Pertama kali pakai machine dobi ini agak kekok dibuatnya, terkial-kial saya mencari butang itu dan ini, NOOB kata budak-budak sekarang, akhirnya berputar juga machine itu dengan baju saya dalamnya, menunggu selama 30 minit lebih sangat memenatkan, sambil terfikir-fikir apa tajuk baru yang saya akan post dalam blog ni pada minggu mendatang, 15 minit saya lihat machine tersebut, saya terfikir, bagaimana baju yang sangat kotor itu dapat menjadi bersih dengan sebersihnya dan bilas dengan hanya membuat pusingan yang cukup laju saja? Dimana logiknya?

Balik rumah saya cuba ambil satu baldi besar, dan ambil satu batang kayu, idea saya adalah untuk mensimulasikan machine basuh tersebut, saya masukkan baju jersi Manchester United saya dan masukkan sedikit detergent, jadi saya pusingkan dengan sekuat hati saya dalam baldi tersebut, NAMUN saya hampa, kotoran pada baju saya tidak hilang.

CENTRIFUGAL FORCE adalah force yang membawa 'keluar' sesuatu zarah/jasad/entiti yang sedang bergerak dalam putaran daripada orbit putarannya oleh disebabkan inertia- dalam erti kata lain forces that draws a rotating body away from its center due to inertia(according to wikipedia) - contoh terbaik adalah apabila anda membawa kereta dan membuat U-Turn ke kanan dalam keadaan laju dan anda terasa seperti badan anda juga sedang mengikut ke kanan? dan anda berusaha untuk mengekalkan posisi badan anda supaya tidak melambung terus ke kanan? YA! itulah Inertia! sesuatu jasad akan cuba mengekalkan keadaan asalnya.

 

Apakah kaitan centrifugal force dan washing machine di kedai dobi yang saya guna itu?Prinsip centrifugal force adalah prinsip utama diguna dalam penciptaan mesin basuh, pusingan baju yang sangat laju dibuat oleh agitator washing machine menyebabkan centrifugal force MENARIK KELUAR partikel air dari baju dan masuk ke dalam drain tube.

Salah satu force/daya yang berlawanan dengan centrifugal force adalah CENTRIPETAL FORCE, satu daya yang memaksa entiti/jasad/zarah yand sedang membuat putaran mengikut orbit pusingannya, dan centripetal force adalah perpendicular terhadap velocity dan mengarah atau menumpu ke titik pusat orbit tersebut, atau erti kata lain daya yang menolak benda ke arah titik pusat bulatan, untuk memahami centripetal force ini agak susah, kerana kita terpaksa mencari pelbagai contoh yang terbaik untuk memahami daya ini- saya juga hampir tidak mempercaya kewujudan daya ini- namun satu contoh terbaik saya boleh bagi ialah satelit di ruang angkasa, gravitiy bertindak sebagai centripetal force.


Untuk lebih memahami centripetal force ini, saya masukkan satu video dari youtube yang menjalankan ujian terhadap teori centripetal force ini, pada minit ke 3:53 anda akan dapat lebih kefahaman apabila buih-buih yang terdapat dalam satu bungkusan (saya tidak tahu apakah kandungan bungkusan tersebut) menumpu pada titik tengah pusat putaran tersebut. Cuba lihat dan fahami dari awal video.


Centripetal force juga berlaku pada kereta yang sedang membuat u-turn/selekoh, sangat susah memahami ianya, centripetal force ini terjadi daripada friction(geseran) tayar kereta, friction ini menyebabkan kereta menumpu kepada titik pusat bulatan selekoh tersebut.



Jadi untuk suatu jasad yang bergerak dalam bentuk putaran maka akan terdapat dua jenis force/daya yang bertindak kepadanya, seperti di bawah:


Antara contoh-contoh lain dapat saya berikan mengenai dua jenis daya ini selain penggunaanya dalam washing machine adalah seperti memandu kereta apabila terjumpa jalan berlekuk-lekuk/roundabout/u-turn, dan roller coaster. Pernahkah anda terfikir bagaimana kereta yang dipandu laju tiba-tiba terbalik ataupun situasi yang disebut rollover? apabila kenderaan membuat pusingan, 3 jenis daya akan bertindak(seperti dalam gambar diatas):

1. Centrifugal force
2. Centripetal force
3. Graviti


Apabila kereta membuat selekoh, centripetal force dari tayar memaksa kereta menumpu kepada titik pusat bulatan(selekoh tersebut), daya ini bertindak pada ground level, manakala pada masa sama, centrifugal force pula bertindak horizontal daripada titik pusat kenderaan bukan pada ground level seperti centripetal force, daya ini menyebabkan kereta bergolek keluar dari orbit putaran apabila tayar(centripetal force dari sini) dan inertia(membentuk centrifugal force) mampu untuk mengatasi daya graviti bertindak ke atas kereta.

Alhamdulilah selesai juga baju saya basuh, terpaksa saya menunggu hampir 1 jam, 30 minit basuh dan 30 minit lagi nak keringkan baju dalam dryer, dan saya sempat menyelamatkan boxer saya daripada kakak tersebut. Pulang dulu.



-The Mad Ingenieur









2 comments: