Sunday 17 August 2014

Akak! itu boxer saya

Sudah hampir 5 bulan saya menetap di Kajang, namun saya masih lagi belum arif mengenai kawasan-kawasan sekitar Kajang, apa yang saya tahu ialah 'Plaza Metro Kajang' dan fast food restaurant saja, baru-baru ini saya bersama rakan-rakan sekerja saya mencuba satay kajang Haji. Samuri, pun begitu saya terkebil-kebil mencari jalan ke restoran tersebut-padahal rumah saya hanya 5 minit saja dari restoran tersebut. Kerja di construction seperti saya sangat memenatkan, tambahan untuk projek besar seperti MRT, boleh kata saya hampir kekurangan masa senggang saya, kadang-kadang hari sabtu dan ahad pun masih bekerja, nak kemas rumah dan basuh baju hanya sempat pada hari cuti sahaja-iaitu hari ahad-nak keluar pergi merewang memang tak sempatlah, apatah lagi hari ahad, semua kedai tutup. Nak basuh baju agak penat, dan makan masa, jadi saya mengambil satu alternatif lain untuk menjimatkan masa, mujurlah di Kajang ni terdapat satu kedai Self-Service Laundry.

Boxer saya hampir diambil oleh kak comel ini.

Sunday 10 August 2014

Trivia

Saya tergerak hati nak share video di youtube, dimana budak-budak berumur lebih kurang sekolah rendah yang melakonkan kembali video klip BAD daripada artis kegemaran saya Micheal Jackson, sangat kelakar mengingatkan kepada anak saudara saya, Muhd Yusuf.



Enjoy - The Mad Ingenieur

Chernobyl, Keselamatan dan Kejuruteraan

Keselamatan -saya akan menggantikan dengan 'safety' sebentar lagi- bagi saya adalah sesuatu yang terlalu umum untuk dibincangkan secara mendalam, malah tak terlintas langsung dikotak fikiran ni mengenai kewujudan profesion dalam bidang safety malah saya turut terkejut bila dikhabarkan adanya kursus ditawarkan pada peringkat diploma malah hingga ke peringkat ijazah- mungkin saya hidup dibawah batu sehingga tak tau pasal ni- malah saya rasa seperti "perlukah safety department ni dalam syarikat? mengarut betul"

Kesedaran mengenai safety ni mula timbul bila mengikuti kursus Safety Officer di NIOSH pulau pinang-yuran RM4000 selama 23 hari - pelbagai ilmu yang dipelajari oleh saya, ramai yang ingin menjadi safety officer, ada yang datang dari latar belakang seorang akauntan-bagaimana seorang dari akauntan boleh terfikir nak jadi safety? seperti saya katakan, safety adalah sesuatu yang terlalu 'general'-hampir kesemua rakan kelas saya inginkan gaji yang lumayan sebab itulah mereka ambil kursus ini walaupun mahal tapi pulangan pada masa depan amat lumayan.