Saturday 27 September 2014

Komitmen

Artikel 19 September 2014.

Berani saya katakan bahawa Mars merupakan salah satu planet yang 'unfriendly' terhadap penduduk bumi, manakan tidak sudah terlalu banyak misi-misi sebelum ini yang gagal untuk kesana, planet Mars/Marikh merupakan planet yang pertama diterokai oleh penduduk bumi.

Friday 12 September 2014

Senyuman Dr dan Nurse Pengubat Kesakitan

Saya hampir kekeringan idea dan mati akal memikirkan tajuk baru yang saya akan muat dalam blog ini, ini bukan kerana saya tiada sumber, tetapi baru-baru ini saya terlibat dengan kemalangan antara motor saya dan kereta yang hampir meragut nyawa ketika dari site nk ke office, akibatnya saya patah disekitar metacarpal(sekitar antara jari dan pergelangan tangan) di belah kanan dan terkoyak kening belah kanan.
Pakcik yang langgar sedang mencuci luka disekitar kening dan mulut, terima kasih.

Sunday 17 August 2014

Akak! itu boxer saya

Sudah hampir 5 bulan saya menetap di Kajang, namun saya masih lagi belum arif mengenai kawasan-kawasan sekitar Kajang, apa yang saya tahu ialah 'Plaza Metro Kajang' dan fast food restaurant saja, baru-baru ini saya bersama rakan-rakan sekerja saya mencuba satay kajang Haji. Samuri, pun begitu saya terkebil-kebil mencari jalan ke restoran tersebut-padahal rumah saya hanya 5 minit saja dari restoran tersebut. Kerja di construction seperti saya sangat memenatkan, tambahan untuk projek besar seperti MRT, boleh kata saya hampir kekurangan masa senggang saya, kadang-kadang hari sabtu dan ahad pun masih bekerja, nak kemas rumah dan basuh baju hanya sempat pada hari cuti sahaja-iaitu hari ahad-nak keluar pergi merewang memang tak sempatlah, apatah lagi hari ahad, semua kedai tutup. Nak basuh baju agak penat, dan makan masa, jadi saya mengambil satu alternatif lain untuk menjimatkan masa, mujurlah di Kajang ni terdapat satu kedai Self-Service Laundry.

Boxer saya hampir diambil oleh kak comel ini.

Sunday 10 August 2014

Trivia

Saya tergerak hati nak share video di youtube, dimana budak-budak berumur lebih kurang sekolah rendah yang melakonkan kembali video klip BAD daripada artis kegemaran saya Micheal Jackson, sangat kelakar mengingatkan kepada anak saudara saya, Muhd Yusuf.



Enjoy - The Mad Ingenieur

Chernobyl, Keselamatan dan Kejuruteraan

Keselamatan -saya akan menggantikan dengan 'safety' sebentar lagi- bagi saya adalah sesuatu yang terlalu umum untuk dibincangkan secara mendalam, malah tak terlintas langsung dikotak fikiran ni mengenai kewujudan profesion dalam bidang safety malah saya turut terkejut bila dikhabarkan adanya kursus ditawarkan pada peringkat diploma malah hingga ke peringkat ijazah- mungkin saya hidup dibawah batu sehingga tak tau pasal ni- malah saya rasa seperti "perlukah safety department ni dalam syarikat? mengarut betul"

Kesedaran mengenai safety ni mula timbul bila mengikuti kursus Safety Officer di NIOSH pulau pinang-yuran RM4000 selama 23 hari - pelbagai ilmu yang dipelajari oleh saya, ramai yang ingin menjadi safety officer, ada yang datang dari latar belakang seorang akauntan-bagaimana seorang dari akauntan boleh terfikir nak jadi safety? seperti saya katakan, safety adalah sesuatu yang terlalu 'general'-hampir kesemua rakan kelas saya inginkan gaji yang lumayan sebab itulah mereka ambil kursus ini walaupun mahal tapi pulangan pada masa depan amat lumayan.

Thursday 10 July 2014

Selamanya Kerja (End)

Kenapa saya katakan saya masih dalam dunia "Universiti" sewaktu bekerja dulu?:

1. Masih mengharapkan orang lain tolong selesaikan masalah.
2. Kerap datang lewat kerja.
3. Kerja tertangguh.
4. Lack of communication.
5. Masih takut-takut/segan mengutarakan pendapat/soalan.

Adakah ini anda masa di universiti? mestilah, kalau ada masalah, lecterur tolog, atau mungkin kawan-kawan tolong, masuk kuliah lewat tu perkara biasa betul? kadang-kadang assignment last minutes baru nk siapkan, study last minutes(ini selalu student engineering), nak bertanya soalan dalam kuliah memang RARE kata budak-budak sekarang, mesti duduk kerusi-kerusi belakang.

Selamanya Kerja Part 1

Kali ni keluar topik skit, saya nak kongsikan sikit pengalaman kerja, walaupun tak lama saya bekerja, tapi pengalaman saya lalui adalah sangat mahal yang boleh dijadikan rujukan buat graduan yang baru nk cari kerja atau nk tempuh alam pekerjaan.

Pengalaman kerja saya mula bila tamat saja praktikal di UniMAP, saya grab peluang di syarikat yang saya praktikal tu, walaupun kerja tu sebenarnya direkemen oleh orang atas untuk kawan saja, kiranya saya ni mcm menyibuk ja lah kiranya, rezeki masing-masing, apa yang saya buat ialah mencuri peluang yang ada, hidup kena bijak! 


Sunday 6 July 2014

Detecting cracks/damage in concrete structures.

Mega-structures dan Air-crash Investigations merupakan slot dalam Nat-Geo yang saya minat, seronok bila tengok building yang besar dibangunkan, best jugak bila tengok penyiasatan mengenai kemalangan kapal terbang, bukan apa sedikit sebanyak dapat ilmu dalam kejuruteraan dan fizik dalam kehidupan seharian, apa yang nk dibincangkan kali ini ialah mengenai 'a mechanism to detect cracks/damage in concrete',

Bayangkan apa berlaku pada struktur bangunan jika berlaku keretakkan pada concrete dan menyebabkan keruntuhan kepada struktur bangunan tu?

1. Kos. (kos untuk pemulihan, kos untuk penyiasatan, dsbgainya)
2. Kehilangan nyawa. 
3. REPUTASI!! Bencana/kemalangan bukan saja boleh menyebabkan kerugian tapi reputasi sesbuah syarikat binaan tersebut.

Sensing Skin, anda mungkin terpikir seperti saya terpikir mula-mula, apa tu? mungkin sejenis kulit yang dibalut dekat sesuatu struktur, mungkin? Maksud 'Sensing Skin' sini adalah sejenis cat(electrically conductive coat of paint) yang disapu pada struktur concrete tersebut, bagaimana proses crack pada dapat didetect?

Electrodes akan diapply disekitar struktur then sapulah paint ni, lepas tu current akan dilalukan between two electrodes, setiap kali dilalukan current, komputer akan record, jadi untuk mengetahui cracks tersebut, jika skin's conductivity tu decrease maka structure tu dah crack.

Cracks pada struktur konkrit dapat dielakkan dengan meletakkan rebar steel, untuk mengurangkan penyebaran keretakkan tersebut kepada titik lemah struktur concrete tersebut.



-The Mad Ingenieur

Saturday 21 June 2014

Magnus Force

Demam World Cup kembali lagi (Go germany!), yang student tu mula la ligat nak g kuliah pagi esoknya kan, ye dok? yang si suami plak sampai lupa malam jumaat, ye dok? sampai pak menteri pon siap minta MC esoknya.
                                                              Magnus Force in Free-kick
Pernah terpikir macamna bola tu bleh swing ke arah pintu gol sedangkan sudut sepakan roberto carlos kalau difikirkan logik akal mmang tak boleh gol.

MAGNUS FORCE adalah faktor yang terlibat (magnus dari nama orang mcm newton law), force ni akan perpendicular ngan arah bola tu pusing, contoh bola pusing arah jam, jadi foce ni akan perpendicular dengan arah jam tu, tak payah pening-pening kepala pikir, tgk video kat bawah ni.

Magnus Force
Mudah sangat untuk memahami magnus force ni, mcm hukum newton law, every action has an equal reaction.

-The Mad Ingenieur