Saturday 27 September 2014

Komitmen

Artikel 19 September 2014.

Berani saya katakan bahawa Mars merupakan salah satu planet yang 'unfriendly' terhadap penduduk bumi, manakan tidak sudah terlalu banyak misi-misi sebelum ini yang gagal untuk kesana, planet Mars/Marikh merupakan planet yang pertama diterokai oleh penduduk bumi.

Friday 12 September 2014

Senyuman Dr dan Nurse Pengubat Kesakitan

Saya hampir kekeringan idea dan mati akal memikirkan tajuk baru yang saya akan muat dalam blog ini, ini bukan kerana saya tiada sumber, tetapi baru-baru ini saya terlibat dengan kemalangan antara motor saya dan kereta yang hampir meragut nyawa ketika dari site nk ke office, akibatnya saya patah disekitar metacarpal(sekitar antara jari dan pergelangan tangan) di belah kanan dan terkoyak kening belah kanan.
Pakcik yang langgar sedang mencuci luka disekitar kening dan mulut, terima kasih.

Sunday 17 August 2014

Akak! itu boxer saya

Sudah hampir 5 bulan saya menetap di Kajang, namun saya masih lagi belum arif mengenai kawasan-kawasan sekitar Kajang, apa yang saya tahu ialah 'Plaza Metro Kajang' dan fast food restaurant saja, baru-baru ini saya bersama rakan-rakan sekerja saya mencuba satay kajang Haji. Samuri, pun begitu saya terkebil-kebil mencari jalan ke restoran tersebut-padahal rumah saya hanya 5 minit saja dari restoran tersebut. Kerja di construction seperti saya sangat memenatkan, tambahan untuk projek besar seperti MRT, boleh kata saya hampir kekurangan masa senggang saya, kadang-kadang hari sabtu dan ahad pun masih bekerja, nak kemas rumah dan basuh baju hanya sempat pada hari cuti sahaja-iaitu hari ahad-nak keluar pergi merewang memang tak sempatlah, apatah lagi hari ahad, semua kedai tutup. Nak basuh baju agak penat, dan makan masa, jadi saya mengambil satu alternatif lain untuk menjimatkan masa, mujurlah di Kajang ni terdapat satu kedai Self-Service Laundry.

Boxer saya hampir diambil oleh kak comel ini.